Sunday 30 September 2012

PENGENALAN RPH


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi P&P
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.

Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.

Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan.
Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :
• Hari
• Tarikh
• Matapelajaran
• Kelas
• Masa
• Tajuk
• Objektif
• Kemahiran yang ingin dicapai
• Aktiviti
• Refleksi
Manakala Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaranpembelajaran
yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi P&P
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian
Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah
• Menentukan objektif pengajaran tercapai.
• Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
• Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
• Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
• Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
• Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
• Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn
dan bersistem
• Rancangan Pelajaran Harian
o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
Hari dan tarikh
Mata pelajaran dan tingkatan
Masa
Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematiK membolehkan guru :
a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang
dirancang
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa
yang diperuntukkan
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu
e. Merancang aktiviti murid-murid
f. Mengawal bilik darjah dengan baik
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.

Pengajaran Makro Dalam Penulisan
PENGENALAN
Pengajaran mikro dan makro biasa bagi mereka yang pernah mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan. Bagi bakal guru pula mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran mikro dan makro anda didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan anda akan mengetahui kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan anda melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekelas anda. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran saperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.

PERSEDIAAN MENGAJAR
Persediaan dikaitkan dengan perancangan tentang bagaimana sesuatu aktiviti dirancang dengan teliti dari peringkat awal hingga akhir.Sesuatu pengajaran yang baik berkaitrapat dengan perancangan yang rapi. Kebijaksanaan seseorang guru diperlukan bagi merealisasikan hasrat dan harapan. Maka tanggungjawab seorang guru adalah menyediakan persediaan mengajar yang baik dan tersusun. Dengan persediaan yang rapi, guru berkeyakinan dalam menyampaikan pengajarannya dan pelajar mudah mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Alat bantu mengajar perlu untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang teliti menyebabkan pengajaran guru lebih berpandu bagi mencapai objektif yang telah dirangka bagi sesuatu sesi pengajaran.

KOMPONEN PERSEDIAAN MENGAJAR.
Terdapat tiga bahagian penting dalam pengajaran mengajar iaitu bahagian persediaan, penyanpaian dan bahagian penyampaian atau penutup. Guru harus menguasai ketiga-tiga komponen ini. Dalam aspek penggabungjalinan kemahiran juga perlu dinyatakan sebagai sebagahian daripada persediaan mengajar. Objektif pengajaran merupakan bahagian yang sangat penting dalam sesuatu pengajaran. Dalam menyediakan sesuatu persediaan mengajar yang baik, kriteria penilaian perlu diberi perhatian oleh guru.

Seorang guru yang perihatin harus peka penentuan hasil daripada pengajaran dan pembelajarannya. Ini boleh dilihat melalui gambarajah 6.3.

Sebelum membuat rancangan harian, guru harus pastikan apa yang perlu dikuasai oleh murid agar apa yang hendak disampaikan nanti dapat diaplikasikan dan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh murid-murid. Guru juga harus rancang kaedah atau sumber yang sesuai bagi membantu melaksanakan penilaian kelak.

Hasil pelajaran haruslah dirujuk kepada sukatan pelajaran dan pastikan aras pembelajaran mengikut aras dari mudah ke sukar agar hasil pembelajaran dapat dinyatakan dengan tepat, eksplisit dan jelas. Ini dapat dilihat berdasarkan gambarajah 6.4

Guru harus pastikan set induksi bertepatan dengan objektif pelajaran, bermakna dan mengikut tahap murid-murid. Set Induksi juga berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. Lihat gambarajah 6.5

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENGAJARAN MAKRO
Semua guru perlu merancang pengajaran masing -masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran,meningkatkan pencapaian pelajar disamping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara:
• Meneliti dan menafsir sukatan pelajaran
• Membuka skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun
• Menyediakan persediaan mengajar harian.
Persediaan mengajar atau dikenali dengan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan.Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas,teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.
Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru :
a.Menentukan okjektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar
dari apa yang dirancang.
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup untuk
disampaikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan
peringkat,kebolehan dan minat pelajar.
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu.
e. Merancang aktiviti murid-murid.
f. Mengawal bilik darjah dengan baik .
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid.
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti
dapat dijalankan dengan teratur.
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk

dikemukakan semasa pengajaran.

l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

m. Merancang bagaimana nilai murid dalam agama dapat
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Tarikh : 24 Februari 2005
Masa : 10.35 pagi – 11.35 pagi
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Sarjan
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Kesihatan
Tajuk : Hospital

Fokus Utama:
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
Aras 1
i. Menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
Fokus Sampingan:
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1
i) Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.

Objektif:
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran diharap murid-murid dapat:
i. menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
iii. Mencatat secara ringkas maklumat yang diperoleh
iv. Membina ayat majmuk berdasarkan rangkai kata yang diberi.

Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah mempelajari cara memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran membaca dan Kemahiran menulis

Sistem Bahasa
a) Tatabahasa; Kata nama am, Ayat arahan
b) Kosa Kata; farmasi, x-ray, makmal, wad kecemasan, wad bersalin, lintasan belang

Pengisian Kurikulum
a) Ilmu – pendidikan kesihatan
b) Nilai Murni – kebersihan, menghargai
c) Kemahiran Bernilai Tambah
i. Kemahiran Berfikir
Mengenal pasti sebab akibat
Menyelesaikan masalah
Mentafsir
ii. Teori Kecerdasan Pelbagai
Interpersonal
iii. Konstruktivisme
iv. Kontekstual
ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Soalan guru
1.Apakah kejadian yang terdapat dalam gambar ?
Kemalangan di jalan raya.
2.Bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku?
Kerana lalai, mengantuk dll.

3.Siapakah yang terlibat dalam kejadian itu?
Pemandu , penumpang, pejalan kaki dll.

4.Di manakah mangsa itu dirawat?
Hospital, klinik, bomoh patah (sangkal putong)
Set Induksi (5 minit)
1.Guru mempamerkan beberapa keping gambar kemalangan di jalan raya?

2.Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid tentang gambar-gambar tersebut.

3.Guru minta murid memberi keterangan yang lengkap tentang gambar tersebut.
BBM
1.Gambar-gambar kemalangan di jalan raya.

2. KBKK
Mengenal pasti sebab akibat

3. Nilai:
Kerjasama
Prihatin

4.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Konstruktivisme


Panduan tunjuk arah ke bilik Farmasi.
Kamu berada di bilik menunggu. Pergi ke Blok C di hadapan bilik menunggu. Pergi pula ke bilik rawatan C. Bilik rawatan C terletak di sebelah bilik pengimejan. Dari bilik rawatan C, pergi pula ke bilik pengimejan. Kemudian, dari bilik pengimejan jalan menghala ke kanan hingga sampai di simpang. Kemudian, belok ke kiri menuju ke bilik farmasi. Bilik farmasi terletak berhadapan dengan Blok B.
Langkah 1 (15 minit)

1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.

2. Guru mengedarkan Lembaran Pelan Hospital kepada setiap murid dalam kumpulan.

3. Guru meminta murid menyebut semula perkataan yang disebut oleh guru berdasarkan lembaran itu.

4. Guru meminta murid meneliti pelan dan baca panduan tunjuk arah ke bilik farmasi.(KBKK)

5. Murid mencatat kata arah dalam ayat yang diberi dalam lembaran kerja.
BBM

1.Lembaran Kerja
Aktiviti 1;Pelan Hospital

2. Jadual ayat arahan

3.Nilai:Kerjasama

4. KBT, KBKK
Mentafsir


Catatkan tunjuk arah ke hospital berdasarkan pelan yang diberi.
dari perhentian bas
melalui lintasan belang
laluan basikal
lampu isyarat
di simpang empat
papan tanda pusingan U

Langkah 2 ( 15 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja aktiviti 2 kepada semua pelajar?

2 Guru meminta murid-murid melakonkan cara mereka menerangkan tunjuk arah menuju ke hospital kepada seorang wanita. (KBKK & Nilai)

3. Murid mencatat tunjuk arah ke hospital berdasarkan pelan yang diberikan

BBM
1. Pelan Perjalanan Ke Hospital

2. KBT
KBKK
Menyelesaikan masalah

3. Nilai
Baik hati

4.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kontekstual


Saya dan adik mengikut bapa ke hospital. Saya diminta oleh bapa menasihati adik yang sedang berlari-lari.

Cadangan jawapan dialog

‘Adik jangan berlari-lari kerana ini kawasan hospital’

‘Maaf kak , saya tak tahu. Saya berjanji tidak buat lagi’

Langkah 3 (10 minit)
Situasi 1

1. Guru mengedarkan lembaran kerja 3.

2. Murid membincangkan dialog dalam kumpulan bersama rakan.

3. Guru meminta murid-murid melengkapkan dialog.

4. Murid melakonkan dialog yang telah dilengkapkan.
(KBT & Nilai)

BBM

1. Lembaran kerja
Aktiviti 3

2. KBT
Kecergasan Pelbagai
Interpersonal

3. Nilai
Hormat menghormati


Sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor, adik saya telah bermain di taman permainan. Ibu meminta saya memanggil adik keran sudah tiba gilirannya untuk berjumpa dengan doktor.

Cadangan jawapan dialog

‘Adik dah tiba giliran kamu untuk berjumpa doktor’

‘Baiklah kak, saya datang sekarang’
(kesantunan bahasa)

Langkah 4 (10 minit)
Situasi 2
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 4.

2. Murid membincangkan dialog dalam kumpulan bersama rakan.

3. Guru meminta murid-murid melengkapkan dialog.

4. Murid melakonkan dialog yang telah dilengkapkan.

BBM

1. Lembaran kerja
Aktiviti 4

2. Pengisian Kurikulum
Peraturan sosio budaya
Kesantunan bahasa

3. Nilai
Kasih sayang


Kata Hubung
kemudian, lalu
Sambil, Tetapi , Kecuali

Rangkai kata
1. mengambil ubat –singgah di kantin
Ali mengambil ubat kemudian singgah di kantin.

2. Menjalani rawatan – berbual dengan doktor

3. dilanggar kereta – mangsa kemalangan

4. semua kemudahan – makmal darah

5. taun penyakit berjangkit – darah tinggi penyakit tidak berjangkit
(nilai)
Penutup (5 minit)
1 Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.

2. Guru mengedarkan Lembaran kerja 5 kepada setiap murid dalam kumpulan.

3. Guru meminta murid membina ayat majmuk lisan berdasarkan rangkai kata dan kata hubung yang diberi.

4. Guru meminta murid membina ayat secara bertulis di dalam buku latihan sebagai kerja rumah.

BBM
1. Lembaran kerja
Aktiviti 5

2. Sistem Bahasa
Morfologi – kata majmuk

3. Nilai;Rajin



Rujukan:
Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof, 2007 `Prinsip Pengajaran Penulisan’ Batu Caves, Kuala Lumpur.hlm 255-262
http://www.scribd.com/doc/38152551/Persedian-Mengajar-Pengajaran-Makro
http://hbss1103.blogspot.com/2007/11/topik-6-pengajaran-mikro-dan-makro.html
http://hbss1103.blogspot.com/2007/11/topik-6-tutorial.html
http://www.karanganstpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=98&Itemid=86
http://syiqinradi87.tripod.com/minggu7/rph_1.pdf